Alhamdulillah
hirrabbil’alamin, sujud syukur kami lakukan penuh kesyukuran kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami, pelajar DIS2B menyiapkan tugasan kerja
khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan
Suraini Binti Haji Ripin, Pensyarah Mata Pelajaran Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan Dalam Islam (DUA 2012), di atas kesudian beliau memberi
tugasan ini kepada kami dan banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Pelbagai ilmu yang kami dapati sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Pelbagai ilmu yang kami dapati sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma
dalam era metropolitan ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya
bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di
muka bumi ini. Dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat
terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat.
Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai
renung-renungan dan selamat beramal.
“Setiap titik dari impianmu harus ada perjuangan. Kerana
jika itu tercapai, bukan hanya kamu yang akan bahagia. Tapi orang lain juga
akan merasakan bahagia kerana manfaat yang ditimbulkan”
No comments:
Post a Comment