Kaedah fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan
penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai
hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah fiqh. Terdapat
pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’ bagi
menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari.
Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam
memelihara kemasalahan ummah kini. Terdapat kaedah utama yang disepakati di
kalangan fuqaha. Salah satunya ialah kesukaran membawa kemudahan.
Kesukaran yang akan menjadi sebab
kepada keringanan dan kemudahan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang
melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan
kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran
yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak di ambil kira.
Kesukaran
biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian yang
mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini
tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak
mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang
musuh dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment