Monday, 7 March 2016

KESIMPULAN



Topik ini membincangkan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan. Selain itu, kaedah fiqh merupakan suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang  kaedah-kaedah hukum. Setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal berpandukan nas supaya berijtihad.

Sementara, nilai fiqh dalam kehidupan seharian juga harus diterapkan untuk melahirkan masyarakat yang memahami konsep sebenar tentang Islam yang bersifat umum ini. Namun begitu, berdasarkan topik yang dibincangkan setiap individu harus bijak mentakrifkan kaedah hukum ini daripada dalil-dalil dari Allah iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Akhir sekali, pihak kerajaan di sesebuah negara juga sewajarnya mewujudkan masyarakat yang bergiat aktif dalam ilmu agama untuk kesejahteraan agama mereka pada masa akan datang. Tambahan pula, jika sesetengah pihak kerajaan yang melakukan kegiatan negatif, mereka akan diadili dengan merujuk kaedah fiqh dalam pentadbiran mahkamah negara tersebut.

No comments:

Post a Comment